Penyembahan setan : setan adalah Tuhan

Minggu, Desember 11, 2011

Penyembahan setan kata yang sederhana menjadi " setan adalah Tuhan", ulasan berikut ini Satanisme secara umum dikenali sebagai penyembahan syaitan dan menjadikannya sebagai tuhan. Selain menolak Allah juga semua agama dan nilai keagamaan, gerakan jahat ini memiliki ajaran melaksanakan perkara-perkara yang dianggap berdosa oleh agama lain. Satanisme juga menerima syaitan sebagai simbol/ lambang kejahatan, sebagai pemimpin juga pembimbing dalam hidup mereka. Kumpulan/ organisasi  ini bersifat sangat rahasia, mempunyai susunan organisasi, dengan anggotanya terdiri dari seluruh pelosok dunia termasuk Malaysia.__Sejarah Setan Satanisme Kaum Satanis, iaitu para pengikut ajaran Satanisme, wujud dan melaksanakan kegiatan mereka pada setiap tahap sejarah dan dalam setiap peradaban, dari Mesir kuno sampai ke Yunani kuno, serta sejak abad pertengahan sehigga ke hari ini.

Penyembahan setan : setan adalah Tuhan


Di antara abad ke-14 dan ke-16, para tukang sihir dan orang yang menolak agama sama-sama memuja setan. Pada tahun 1880-an, di Perancis, British, Jerman, dan sekaligus di negara-negara lain di Eropah dan Amerika, Satanisme dilakukan di dalam kumpulan dan tersebar di kalangan orang yang tidak mempunyai keyakinan agama.
ritual menyembah setan
Penyembahan syaitan dari tamadun kuno ini terus berlanjutan sehingga abad ke-19, bermula dari tradisi Satanisme tradisional, kini aliran sesat ini berpecah dalam kumpulan kecil. Upacara kejam yang dilakukan oleh tukang sihir dan orang-orang yang tidak bertuhan, mengorbankan anak dan orang dewasa kepada syaitan, perayaanMisa Hitam dan upacara Satanisme tradisional yang lainnya telah diwariskan secara diam-diam dan tersembunyi secara turun temurun.

Lambang Satanisme tradisional / lambang memuja setan.
Para sejarawan yang mengkaji asal-usul tubuh seperti manusia yang berkepala kambing ini, telah menemui beberapa petunjuk penting tentang kegiatan Satanis.
lambang organisasi setan
Lambang Satanis kedua terpenting adalah Pentagram, iaitu bintang bersegi lima di dalam lingkaran. Yang menariknya, ada dua kumpulan dan pertubuhan rahsia di samping para Satanis yang menggunakan Baphomet dan pentagram sebagai lambang. Yang pertama adalah kumpulan Kesatria Biara Jerusalem (Knight Templars), iaitu kumpulan yang dituduh oleh Gereja Katolik sebagai penyembah syaitan, dan kumpulan ini telah dibubarkan pada tahun 1311. Kumpulan lain adalah kumpulan Mason yang telah bertahun-tahun lamanya menapak dengan kukuh di dalam setiap negara secara rahsia dan upacara ritualnya agak pelik.

Seperti yang kita tahu, hiburan kini sedang dikuasai oleh pengamal-pengamal sihir ini. Kebanyakan artis luar negara membawa masej, imej dan budaya yang pelik tetapi sinonim dengan kepercayaan hitam mereka.

simbol setan >kalung dan cincin
Banyak sejarawan yang mengkaji kaitan antara Knight Templars dan Mason, mereka percaya bahawa terdapat hubungan antara Knight Templars dengan kumpulan Mason. Selepas Knight Templars dihalang bergerak oleh Gereja, mereka meneruskan misi dan kepercayaannya secara rahsia dan akhirnya berubah menjadi fahaman Mason. Kumpalan ini bersifat sangat rahsia, mempunyai susunan organisasi, dengan anggotanya terdiri dari seluruh pelusuk dunia termasuk Malaysia. Leo Taxil, yang pernah menjadi seorang Mason, namun telah keluar dari kumpulan itu, mengatakan bahwa para Mason amat menghormati Baphomet dan mereka sering mengadakan upacara yang menyerupai cara-cara penyembahan syaitan. Kenyataan lain yang menimbulkan banyak kecurigaan adalah bahawa ramai pengikut Satanisme yang kemudiannya menjadi anggota organisasi Mason.

x penyembah setan
Kini, para satanis telah meninggalkan upacara dan markasnya yang rahsia itu, untuk keluar ke jalan-jalan. Para Satanis bergiat dengan aktif di setiap negara untuk menyebarkan ajaran dan ideologinya di dalam buku-buku, rancangan telivisyen, dan juga di Internet dalam usaha mempengaruhi orang ramai. Satanis memaparkan imej yang sama walaupun di mana mereka berada. Cara berpakaian, cara penyembahan, cara berkomunikasi, senibina dan ciri lainnya menunjukkan bahawa Satanisme bukanlah gerakan biasa yang dipenuhi para penganggur, tetapi sebuah organisasi yang bersandarksn pada landasan kepercayaan.

Penyembah setan / Satanisme dan Materialisme

Pada dasarnya aliran Satanisme terbagi dua jenis, Teistik dan Atheistik. Aliran teistik atau dikenali sebagai Satanisme Tradisional, adalah suatu bentuk kepercayaan yang menganggap bahawa Syaitan sebagai dewa, sedangkan aliran Atheistik adalah satu kepercayaan yang tidak menganggap adanya Tuhan ataupun Dewa untuk disembah, melainkan mereka menggunakan "Syaitan" sebagai simbol pada diri manusia, sebagai simbol keduniawian dan keserakahan, atau dengan kata lain mereka boleh dikatakan menyembah diri mereka sendiri. Salah satu Aliran Satanisme Atheistik yang terkenal adalah Gereja Syaitan (The Church of Satan) yang ditubuhkan oleh Anton Szandor LaVey (Anton LaVey). Aliran ini dikenali dan disebut sebagai aliran LaVeyan.
pimpinan penyembah setan
Kini kaum Satanis terdiri dari golongan atheis (tidak mengakui adanya Tuhan). Mereka juga materialistik, maksudnya mereka hanya percaya kepada kewujudan objek yang boleh dilihat. Mereka tidak mempercayai adanya Tuhan dan semua makhluk ghaib. Oleh sebab itu, kaum Satanis tidak percaya kewujudan syaitan sebagai makhluk yang nyata. Meskipun disebut sebagai penyembah syaitan, mereka tidak mengakui adanya syaitan. Bagi Satanis, syaitan hanyalah lambang yang menyatakan permusuhan mereka terhadap agama dan kekerasan hati mereka. Anton Lavey menulis buku The Satanic Bible pada tahun 1969.
Dalam sebuah artikel yang bertajuk "Pengantar Satanisme" yang diterbitkan Gereja Syaitan, ada dinyatakan bahawa Satanis sebenarnya terdiri dari golongan ateis.
Satanisme adalah sebuah agama yang tidak mempercayai Tuhan dan menganut fahaman tidak ada yang perlu ditakuti selain dari akibat tindakan kita. Kaum Satanis tidak percaya adanya Tuhan, malaikat, syurga, neraka, iblis, syaitan, roh jahat, roh baik, jin, atau makhluk ghaib yang jahat. Satanisme bersifat ateis dan Otodeis (menyembah diri sendiri). Satanisme adalah materialis dan Satanisme adalah berlawanan dengan agama. (Vexen Crabtree, "A Description of Satanisme")
Secara ringkasnya, ini adalah hasil falsafah kebendaan dan tak mempercayai Tuhan yang telah tersebar sejak abad ke-19. Satanisme menyandarkan diri mereka pada teori yang dianggap ilmiah, iaitu Teori Evolusi Darwin.

Satanisme tampil dalam pelbagai cara dan bentuk, salah satunya adalah melalui filem dan muzik. Banyak filem yang menceritakan secara terbuka ungkapan ritual satanisme, senibina, simbol-simbol serta kisah dark forces. Filem popular seperti Friday The 13th, The Crow, Devils Advocate, Interview With The Vampire dan juga cerita bersiri The X-Files mengandungi kisah dimana syaitan, satanisme atau black magik menjadi bahagian yang penting dalam filem. Dikatakan pada tahun 1968, Anton Szandor La Vey pernah menjadi penasihat teknikal untuk filem Rosemarys Baby yang telah mempopularkan satanisme.Dalam industri muzik ada banyak sekali contoh muzik yang mengandungi unsur satanisme__.Oleh: zharifjenn.
____
Penyembahan setan : setan adalah Tuhan

You Might Also Like

0 comments

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images